Alunan muzik tradisional pelbagai kaum di negara ini termasuk masyarakat Siam dan Oran Asli bakal bergema di pekarangan Kompleks Muzium Negeri Terengganu bermula 9 Sept ini.
Himpunan Alunan Muzik Tradisional selama tiga hari itu akan berlangsung di Laman Warisan muzium dari 9 pagi hingga 5 petang, kata Penolong Kurator Bahagian Etnologi muzium Azlaizie Razali.
Katanya pelbagai aktiviti menarik turut disediakan oleh peserta selain jualan produk dan program 'Bicara Seni'.
"Sebagai kelainan, hari terakhir program kita akan mempersembahkan gabungan lima alunan muzik dari kaum Melayu, Cina, India, Siam dan Orang Asli," katanya.
Katanya bagi muzik tradisional Melayu, muzium itu memilih alunan muzik Terengganu menerusi persembahan gamelan, ketuk ulu, tarian saba, mak yong serta rebana.
Kehadiran orang ramai sangat dialu-alukan dan kemasukan adalah percuma, katanya.
No comments:
Post a Comment