Friday, August 31, 2012

Doa Khas Pada Solat Hajat, Tahlil Sempena Hari Kemerdekaan Ke 55


Kira-kira 300 orang hadir menyertai Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Said, pada majlis Solat Hajat dan Tahlil khas sempena sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-55 peringkat negeri Terengganu di Masjid Tengku Zaharah, Kuala Terengganu malam semalam.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjemaah, bacaan Yasin, tahlil dan doa khas sempena Hari Kemerdekaan.


Selain orang ramai, turut serta ialah Exco Kanan, Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha Kerjaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)/Pengarah UPEN, Datuk Mat Razali bin Kassim, beberapa Exco dan pegawai tinggi kerajaan.

Menteri Besar dan isteri kemudian ke majlis jamuan ringkas di masjid berkenaan sambil beramah mesra.

No comments:

Post a Comment