Friday, August 31, 2012
Terengganu Belanja RM13.4 Juta Biaya Bantuan Persediaan Pelajaran
Kerajaan Terengganu membelanjakan RM13.4 juta bagi bantuan persediaan pembelajaran yang membabitkan 18,382 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke asrama penuh serta pengajian peringkat sijil, matrikulasi, diploma dan ijazah dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.
Menteri Besar , Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata jumlah itu termasuk pembiayaan bagi pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah dalam dan luar negara.
Beliau bekata, daripada jumlah itu 5,961 pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dengan peruntukan RM5.8 juta dan peringkat diploma (5,701 orang) membabitkan kos RM4.2 juta.
“Terdapat 2,892 pelajar mengiktui Matrikulasi dengan kos RM1.4 juta, Sijil (1,738 orang) RM743,650 dan Asrama Penuh (2,090 orang) RM1.047 juta,” katanya di majlis penyampaian Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu ke Institusi Pengajian Tinggi Peringkat Ijazah di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak semalam (30 Ogos).
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw dan Pengarah YT Zakaria Yusof.
Menteri Besar berkata, setiap pelajar yang meanjutkan pelajaran peringkat Ijazah dalam negeri menerima RM1,000 (RM1,300 Sabah/Sarawak) Diploma (RM750) dan Matrikulasi, Sijil dan Asrama Penuh (RM500) manakala Ijazah di luar negara mengikut kos pengajian yang mereka ambil.
Menurutnya, sejak bantuan ini diperkenalkan pada 2006 kerajaan telah membelanjakan RM105.6 juta membabitkan 145,079 pelajar anak tempatan.
Katanya, seramai 21,880 pelajar terima bantuan ini (2006) membabitkan peruntukan RM15.5 juta, 22,513 orang (2007) RM15.8 juta, 22,813 orang (2008) RM16.1 juta, 26,205 orang (2009) RM19.7 juta, 26,801 orang (2010) RM20.034 juta dan 24,867 orang (2011) RM18.4 juta.
“Kerajaan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat khusus untuk melanjutkan pelajar ke mana-mana IPT dan sedia mengeluarkan berapa banyak belanja pun asalkan mereka tidak tercicir dalam pelajaran,” katanya.
Sehubugan itu pada majlis hari ini, seramai 3,406 pelajar peringkat Ijazah iaitu 3,169 universiti dalam dan luar negara, Universiti Malaysia Sarawak (155 orang) dan Universiti Malaysia Sabah (82) masing-masing menerima RM1,300 (Sabah/Sarawak) dan RM1,000 (universiri tempatan).
Teganukita
No comments:
Post a Comment