Wednesday, August 1, 2012

Isteri Peneroka Setiu Dapat 'Bonus'

Ahmad Said menyampaikan replika cek kepada wakil Felda Selasih, Masitah Sulaiman pada majlis penyerahan bayaran imbuhan kepada isteri peneroka di Kampung Rahmat, Setiu, kelmarin.
Kerajaan memperuntukkan RM4.5 juta untuk bayaran durian runtuh fasa kedua kepada isteri para peneroka Felda di tiga rancangan dalam Parlimen Setiu.

Bagi Felda Chalok yang merupakan kawasan penempatan terbesar, ia melibatkan peruntukan sebanyak RM2 juta manakala Felda Selasih (RM785,000) dan Felda Chalok Barat (RM1.7 juta).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyerahkan replika cek kepada wakil isteri peneroka di Masjid Kampung Rahmat, kelmarin sempena majlis berbuka puasa bersama masyarakat di daerah ini.


Sebelum ini bagi fasa pertama, kerajaan telah membayar durian runtuh kepada para peneroka sebagai menghargai sumbangan serta jasa golongan ini kepada kejayaan Felda selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment