
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K.Manoharan berkata lelaki 34 tahun itu ditahan selepas polis menyerbu rumahnya kira-kira 3.30 pagi dan menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM17,000 yang disimpan di bahagian dapur rumahnya.
"Kita masih menyiasat daripada mana lelaki berkenaan memperoleh bekalan tersebut," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.
Manoharan berkata siasatan awal mendapati lelaki yang berasal dari Batu Rakit itu menyimpan bekalan itu untuk jualan sendiri dan diedarkan kepada peniaga-peniaga berhampiran.
Katanya ini merupakan tangkapan mercun terbesar di Terengganu pada tahun ini dan pihaknya akan terus mengesan mereka yang terbabit bagi membanteras kegiatan itu.
No comments:
Post a Comment