Thursday, August 2, 2012

Janji Ditepati - Menteri Besar Ceriakan Hidup Shamsir


Pada Febuari lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semasa melawat Kampung Ladang Sehat di Kuala Terengganu, turut dibawa meninjau kehidupan Shamsir Awang, 46, yang terlantar di rumah kerana menghidap penyakit Parkinson.

Shamsir, bapa kepada dua anak menyatakan kebosanannya kepada Ahmad kerana sejak empat tahun lalu tidak lagi upaya bekerja sebaliknya hanya berada di rumah dan sukar bergerak tanpa bantuan sesiapa.

Dia turut membayangkan keadaannya lebih baik jika memiliki kerusi roda.

Baginya, Menteri Besar mungkin sudah terlupa tentang lawatan itu kerana ia sudah lama berlalu namun dia seakan tidak percaya apabila menerima sebuah kerusi roda elektrik kelmarin yang disumbangkan oleh Ahmad Said.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment