Thursday, August 2, 2012

Skuad Sepak Takraw Terengganu Sambung Kontrak Vitaya Boonta Hingga 2014

Skuad Sepak Takraw Terengganu terus mendapat sentuhan Vitaya Boonta apabila kontrak jurulatih dari Thailand itu disambung buat kali kedua semalam sehingga 2014.

Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu Mohd Shapian Ali berkata langkah tersebut diambil selepas mendapati jurulatih yang berasal dari Bangkok itu berjaya membawa perubahan kepada pemain anak tempatan sejak kehadirannya dua tahun lepas.


"Kita menyambung kontrak Vitaya kerana berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan beliau," katanya kepada Bernama Rabu. Vitaya, 48, mula berkhidmat di Terengganu pada Januari 2010 ketika negeri itu membuat persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka sehingga berjaya menamatkan kemarau pingat emas dalam acara sukan tersebut.

Malah pada Sukma Pahang baru-baru ini, Terengganu merangkul dua pingat emas menerusi acara berpasukan lelaki dan beregu wanita.

No comments:

Post a Comment