Friday, August 17, 2012

Kerajaan Terengganu Mahu Usahawan Bumiputera Sertai Semua Sektor

Usahawan di negeri ini perlu meneroka peluang di setiap bidang dan bukan dalam sektor binaan semata-mata untuk mempersiap diri bersaing di peringkat antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata sudah tiba masanya mereka merebut peluang yang ada kerana kerajaan negeri berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam pelbagai bidang.


Kerajaan negeri Terengganu ingin melihat usahawan bumiputera di negeri ini menyertai semua bidang yang ada dan dalam masa yang sama juga kerajaan negeri ingin melahirkan usahawan yang berkualiti dan boleh menyumbang kepada pembangunan negeri ini, katanya.

Beliau menyatakannya  kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan usahawan bumiputera di Kuala Terengganu, kelmarin.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu Azmi Razik.

Mohamed juga berkata kerajaan negeri menyediakan RM50,000 bagi bantuan kepada peniaga-peniaga yang baru muncul di setiap dewan undangan negeri

No comments:

Post a Comment