Pemain T-Team, Fazli Saari (tengah) disaingi dua pemain Sarawak pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, kelmarin. |
Dengan hanya satu mata selepas dua perlawanan, pengendalinya Yunus Alif terpaksa mencongak strategi baru bagi memastikan pasukannya kembali berada pada landasan yang tepat untuk layak ke suku akhir.
"Ya... saya akui keadaan ketika ini memberi tekanan kepada pasukan untuk mempamerkan aksi terbaik. "Apabila menjadi tuan rumah, kita tak ambil peluang ini (untuk menang).
Sekarang hanya tinggal dua lagi perlawanan di tempat sendiri iaitu menentang Selangor malam ini dan Pahang (14 September) untuk kita manfaatkan sepenuhnya.
"Pada masa yang sama, saya juga berharap agar para pemain mampu mencuri mata dalam dua lagi aksi di tempat lawan (menentang Selangor di Shah Alam pada 1 September dan Sarawak di Kuching pada 4 September) nanti," katanya sejurus tamat perlawanan kelmarin.
Dalam perlawanan tersebut, T-Team mendominasi sebahagian besar aksi di tengah padang namun buntu untuk menghasilkan jaringan walaupun memiliki beberapa peluang keemasan menerusi ketua pasukan Zairo Anuar Zailani dan penyerang lincah, Mohd. Faiz Subri.
Sarawak yang sesekali berjaya menembusi kubu lawan juga beroleh beberapa peluang menarik namun gagal untuk diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan.
Yunus bercadang untuk membuat rombakan kecil terhadap pasukannya sebelum melayan kunjungan Selangor malam ini berikutan masalah kecederaan serta penggantungan pemain.
"Macam Fazli (Shaari), kita tak tahu kecederaan dia seteruk mana. Bojan (Petric) juga tidak dapat diturunkan nanti selepas menerima kad kuning kedua. "Jadi saya akan lihat dan teliti dulu macam mana sebelum membuat keputusan," ujarnya.
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment