Saturday, August 25, 2012

Pasar Besar Kedai Payang Kembali Jadi Tumpuan Orang Ramai


Pasar Besar Kedai Payang  kembali menjadi tumpuan orang ramai mulai Hari Raya ketiga setelah agak sepi sepanjang Ramadan lalu. Tinjauan Bernama mendapati pasar dua tingkat itu mulai sesak dengan orang ramai dari seluruh negara yang rata-ratanya bercuti ke Terengganu sempena Aldilfitri.

Seorang peniaga batik, sutera dan songket, Ahmad Tarmizi Mohammad, 35, berkata senario itu adalah perkara biasa kerana ramai pengunjung mengambil kesempatan berkunjung ke pasar itu selain melawat sanak saudara di kampung halaman sekitar Terengganu.

"Biasanya, mereka terus membeli kain sutera atau batik yang diinginkan sebagai persiapan untuk Aidiladha. Tambahan pula ramai wanita ingin membeli kain sutera untuk menghadiri kenduri perkahwinan pada Disember.

"Ada juga yang datang untuk membeli kain sutera secara borong setelah ditempah oleh rakan sepejabat untuk mendapatkan sedikit potongan harga," katanyadi Kuala Terengganu, semalam.

Kebanyakan peniaga mengakui sutera jenis 'crepe' menjadi pilihan utama peminat sutera pada tahun ini selain sutera satin dan jacquard.

Trend memakai sutera crepe adalah kerana ia lebih lembut, lebih selesa dan harganya juga berpatutan iaitu antara RM280 sepasang jika siap ditampal batu berlian swarovski dan hanya RM250 tanpa batu itu.

Bagi sutera jenis jacquard pula yang sudah siap ditampal batu swarovski dijual dengan harga hanya RM250 manakala yang tidak ditampal hanya sekitar RM220 dan harga itu sangat murah berbanding bandar-bandar besar yang lain.

Ahmad Tarmizi berkata beliau pernah meraih jualan purata mencecah RM5,000 sehari, beberapa hari selepas Aidilfitri.

"Ada juga pembeli setia yang datang sejauh Singapura dan Sabah untuk membeli secara pukal pada cuti Aidilfitri itu mengambil kesempatan berkunjung ke rumah saudara mara sekitar negeri ini," katanya yang menerima pengiktirafan sebagai kedai harga patut bagi kategori batik songket dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Seorang pekerja kedai sutera, Hasnah Salim, 53, berkata berdasarkan pengalamannya, pengunjung dari luar akan membeli belah sutera, batik dan songket untuk persiapan Aidilfitri pada cuti Tahun Baru Cina.

 "Sepanjang Ramadan lalu, memang kedai di sini agak sunyi dan kehadiran pengunjung agak merosot kerana tumpuan lebih diberikan kepada persiapan berbuka puasa

No comments:

Post a Comment