Saturday, August 4, 2012

Paus Terdampar Di Kuala Penyu Gagal Diselamatkan


Paus seberat 10 tan yang terdampar selama lebih 12 jam di pantai Sungai Sitompok, Kuala Penyu dekat sini, mati semalam dipercayai kerana mengalami masalah deria.

Pegawai perikanan daerah Kuala Penyu Julin Bagang berkata paus jenis Baleen sepanjang 17 meter itu dipercayai tertekan apabila terpisah daripada kumpulannya di luar habitat semula jadi mereka.

Seorang penduduk kampung dari daerah ini keluar dari mulut ikan paus seberat lebih 10 tan untuk melihat lebih dekat ketika operasi memindahkannya ke darat.
"Daripada pengamatan saya, deria paus itu tidak berfungsi dan ini menjejaskan sistem tubuhnya," katanya apabila dihubungi Bernama hari ini.

Ikan gergasi itu didapati terdampar di pantai tersebut oleh seorang pekerja di Taman Pulau Tiga pada kira-kira pukul 9 pagi semalam.

Bagaimanapun, mamalia ini mati pada pukul 8 malam. Julin berkata mereka cuba menyelamatkan ikan itu, termasuk mengepam air laut bagi menyimbah tubunya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Kami tak ada kepakaran dan kemahiran untuk menyelamatkan ikan paus," katanya.

Julin berkata kontraktor dilantik untuk mengalihkan bangkai ikan itu dari tempat berkenaan dan menanamnya di tempat khas di Kuala Penyu. Tugas berkenaan, yang bermula pada pukul 2 petang, selesai tiga jam kemudian.

No comments:

Post a Comment