Monday, August 27, 2012

Pembantu Tadbir Di SUK Maut Kemalangan


Seorang pembantu tadbir di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Kuala Terengganu maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Hiliran Masjid malam kelmarin.

Mat Rani Jusoh, 50, meninggal dunia di tempat kejadian pukul 10.45 malam semasa dalam perjalanan pulang selepas menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Anak mangsa Nurul Farahein Mat Rani, 22, berkata ayahnya keluar rumah kira-kira pukul 8.45 malam untuk menonton perlawanan bola sepak antara T-Team dan Sarawak.

No comments:

Post a Comment