Monday, August 27, 2012

Ketengah Peruntukkan RM1 Juta Kepada Golongan Miskin

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukkan RM1 juta melalui Tabung Amanah Masyarakat untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan pada tahun ini.

Pengurus Besarnya, Wan Mat Amin Wan Daud berkata sehingga kini RM800,000 telah diagihkan kepada penduduk miskin, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

"Bantuan diberi dalam pelbagai bentuk termasuk sumbangan wang tunai atau mengikut keperluan penerima seperti pakaian dan buku sekolah bagi pelajar daripada keluarga miskin.


"Ketengah berharap sumbangan daripada Tabung Amanah Masyarakat ini dapat meringankan beban penduduk miskin selain menjadikan mereka lebih bersemangat untuk meneruskan cita-cita,” katanya di Kemaman, semalam.

Dana sumbangan itu diperoleh hasil keuntungan 10 anak syarikat Ketengah yang terlibat dalam pelbagai sektor termasuk perladangan dan perkilangan yang menjana keuntungan besar.

No comments:

Post a Comment