Thursday, August 23, 2012

Penganjur SQ2012 Pohon Sumbangan Jayakan Seminar Antarabangsa Di Terengganu

Penganjur Seminar Antarabangsa Al-Quran Dalam Masyarakat Kontemporari 2012 (SQ2012) mempelawa badan-badan korporat dan orang perseorangan membantu menghulurkan sumbangan bagi menjayakan seminar itu yang akan berlangsung di Kuala Terengganu, 1 Disember depan.

Pengerusinya Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi berkata SQ2012 yang disertai antaranya The World Islamic Sciences and Education University (Wise) dari Jordan dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), masih kekurangan dana bagi menampung perbelanjaan program itu.


"Kami memang sudah menerima sumbangan daripada beberapa pihak setakat ini, namun ia belum mencukupi kerana untuk menjayakan seminar dwitahunan peringkat antarabangsa itu, ia memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya RM120,000," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

SQ2012 anjuran Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan berlangsung dua hari dan dijangka disertai 400 peserta.

Beliau berkata antara objektif seminar ialah membincangkan isu kontemporari menurut perspektif Al-Quran sebagai bukti ketinggian fungsi dan kerelevenan Al-Quran sebagai rujukan autoritatif dan autentik dalam segenap aspek kehidupan manusia.

No comments:

Post a Comment