Friday, August 10, 2012

Penulis Diminta Bantu Promosi Pakej Pelancongan Berbasikal 1Malaysia Terengganu


Penulis majalah tempatan dan luar negara diharap dapat membantu Tourism Malaysia Terengganu dalam memperhebatkan promosi Pakej Pelancongan Berbasikal 1Malaysia Terengganu.

Pengarahnya Mohd Nasir Kushairi berkata sebuah majalah berbasikal popular yang berpangakalan di Kuala Lumpur yang turut mempunyai edaran di Singapura buat permulaan akan menguji sendiri pakej berbasikal yang ditawarkan oleh agensi pelancongan negeri itu.


"Pakej pelancongan berbasikal 1Malaysia Terengganu itu dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said baru-baru ini," katanya kepada pemberita di Kualla Terengganu, semalam.

Beliau berkata terdapat lima pakej pelancongan berbasikal yang disediakan di Terengganu iaitu Mountain Bike Package, Adventure Package, Adventure Package 2, Terrapuri Cycling Explorer dan Terengganu Cycling Explorer masing-masing di sekitar daerah Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

Katanya pakej itu akan diperluas di daerah lain seperti Besut, Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dengan harapan akan popular di kalangan pelancong domestik dan antarabangsa bagi membolehkan mereka menyaksikan keindahan alam semula jadi Terengganu menerusi kayuhan santai.

No comments:

Post a Comment