Friday, August 10, 2012

YPU Anjur Himpunan Khas Usahawan Dan Agensi Kerajaan Pada 4 Sept

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan menghimpunkan seramai 4,000 usahawan dan wakil agensi kerajaan pada perhimpunan khas di sini, 4 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif YPU Azmi Razik berkata perhimpunan terbesar yang pernah dianjurkan itu bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama selain menyemarakkan semangat kesatuan antara usahawan setempat.

"Kita akan menghimpunkan usahawan di negeri ini dalam semua bidang bersama agensi kerajaan terbabit, sempena sambutan hari raya bertempat di Dewan Besar YPU, Jalan Padang Hiliran," katanya semalam.

Beliau berkata perhimpunan itu merupakan kesinambungan daripada himpunan usahawan 2012 yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Katanya antara agensi terlibat ialah Majlis Amanah Rakyat, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.

No comments:

Post a Comment