Tuesday, August 14, 2012

Peruntukan Tambahan RM155.2 juta Untuk SUK, RM19 Juta Untuk Pejabat Tanah

Sidang Dewan Undangan Negeri bagi Mesyuarat Yang Kedua Penggal Persidangan Yang Kelima semalam smeluluskan dua rang undang-undang iaitu Enakmen Perbekalan Tambahan 2012 dan Enakmen Mineral (Terengganu) (Pindaan) 2012.

Sidang membuat ketetapan bersetuju meluluskan tambahan peruntukan yang pertama daripada Kumpulan Wang Pembangunan untuk perbelanjaan Rancangan Kemajuan Negeri bagi tahun 2012.

Usul berkenaan  dikemukakan oleh Ahmad Razif Abdul Rahman menurut Seksyen Kecil (3) kepada Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966.

Ia membawa maksud P.02 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan negeri berjumlah RM155.2 juta dan P.19 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian negeri berjumlah RM18 juta.


Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said pula mengemukakan cadangan bagi meminda rang undang-undang bernama suatu Enakmen bagi meminda Enakmen Mineral (Terengganu) 2012.

Rang Undang-undang itu bertujuan meminda seksyen 82 (1) (a ) dan seksyen 129 (1) enakmen mineral (Terengganu) 2012 supaya memegang lesen tuan punya dikehendaki mencarum kepada Kumpulan Wang Pemulihan Bersama.

Cadangan disokong oleh Adun Tepoh Haji Muhamad Ramli Nuh setelah dibaca kali pertama dan kedua.


Setelah tiada ahli dewan berucap mengenai perkara berkaitan undian dijalankan secara mengangkat tangan oleh ahli dewan dan mendapat sokongan suara terbanyak.

Yang Dipertua DUN, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, sidang kali ini menerima 33 soalan bertulis dan 26 soalan lisan daripada ahli-ahli YB, satu usul dan dua enakmen.

Teganukita

No comments:

Post a Comment