Saturday, August 25, 2012

Pinjaman YPKT Beri Peluang Peserta Tingkatkan Pendapatan

Peserta Program Jaya Diri Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) bersyukur kerana dapat keluar daripada kepompong kemiskinan sekali gus menjalani kehidupan yang lebih selesa, hasil modal pinjaman yayasan berkenaan.

Bagi seorang ibu tunggal, Zalina Zakaria, 44, beliau kini mampu menanggung dan membesarkan empat anaknya apabila perniagaan jagung yang diusahakan sejak lima tahun lalu berjaya.

Zalina dari Kampung Pasir Putih, Marang dekat sini, menerima pinjaman modal RM3,000 pada 2006 untuk membeli jagung bagi memulakan perniagaannya.

"Sejak itu, saya tidak menoleh ke belakang, sebaliknya terus fokus terhadap perniagaan kerana saya yakin saya mampu berdikari untuk membesarkan anak-anak saya," katanya.

Tambahnya, pendapatan beliau kini RM1,500 sebulan. Zalina berkata pinjaman modal pusingan kedua RM8,000 diperoleh pada 2008 membolehkan beliau mempelbagaikan produk jagung dengan idea terbaharu air jagung asli yang diperkenalkan, setahun lalu.

No comments:

Post a Comment