Thursday, August 30, 2012

PM Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Terengganu Di Jabi

Gambar Hiasan...Perdana Menteri menyampaikan jubah kepada imam pada majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus yang dihadiri lebih 10,000 orang, 9 Ogos lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri rumah terbuka Aidilfitri kerajaan negeri Terengganu di Kampung Tok Lebai, Setiu Rabu depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri majlis itu yang diadakan di padang bola kampung berkenaan.

"Perdana Menteri bersama Datin Seri Rosmah dijangka tiba pukul 10.30 pagi di Lapangan Terbang Tentera Gong Kedak, Besut untuk bersama-sama kira-kira 10,000 rakyat pada majlis rumah terbuka itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, semalam.

Ahmad Said berkata selepas majlis itu, Perdana Menteri dan isteri akan ke Pasir Puteh, Kelantan bagi menghadiri satu lagi program rumah terbuka Aidilfitri di sana. -Bernama

No comments:

Post a Comment