Wednesday, August 29, 2012

Ramai Pengusaha Produk Ikan Dilahirkan Melalui 'Test Bed' Mardi Di Terengganu

Gambar Hiasan...Test Bed teknologi MARDI di Stesen MARDI, Kuching, Sarawak
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di Terengganu yakin dapat melahirkan lebih ramai pengusaha produk berasaskan ikan untuk menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa melalui kemudahan makmal 'test bed'.

'Test bed' merupakan makmal teknologi pemprosesan makanan berasaskan ikan yang dilengkapi peralatan canggih serta bilik sejuk beku untuk melicinkan pengeluaran beberapa jenis produk makanan terpilih.


Pengarahnya Hassan Said berkata makmal 'test bed' Mardi di Kuala Terengganu kini mengeluarkan produk satar, otak-otak, keropok lekor, keropok keping dan nuget ikan oleh usahawan tempatan.

"Ada usahawan yang sedang dalam peringkat perbincangan akhir membekalkan produk ke sebuah pasar raya di bandar ini dan ia satu kejayaan kerana dapat mengeluarkan kapasiti produk berskala besar melalui penggunaan mesin berteknologi tinggi," katanya semalam.

Buat masa ini, Mardi mempunyai sembilan makmal 'test bed' di seluruh negara dengan makmal di Kuala Terengganu dan Sabah memfokuskan kepada pengeluaran produk berasaskan ikan.

No comments:

Post a Comment