Wednesday, August 29, 2012

Sembilan Tinggal Sehelai Sepinggang, Kediaman Musnah Dijilat Api

Sembilan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah pusaka yang didiami mereka di Kampung Tanjung Paya di sini, hangus dalam kebakaran awal pagi semalam.

Kejadian berlaku pukul 3 pagi ketika keluarga berkenaan sedang nyenyak tidur.


Menurut mangsa, Halipah Che Mohamed, 57, semasa kejadian beliau yang sedang tidur di ruang tamu bersama tiga anak, tiga cucu dan seorang adiknya, tersedar dan melihat api sedang marak dari sebuah bilik tidur.

Beliau yang bersyukur kerana ibu saudaranya yang berusia 73 tahun tidur di rumah saudara, kemudian mengejutkan semua anggota keluarganya bagi menyelamatkan diri.

"Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan saya gagal menyelamatkan harta benda termasuk duit raya serta duit pampasan anak berjumlah RM 1,000," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment