Wednesday, August 8, 2012

Rumah ADUN Ajil Terbakar Musnahkan 90 Peratus Struktur

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid (dua dari kanan), memeriksa keadaan rumahnya yang musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, Kuala Berang, Hulu Terengganu, malam tadi. Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah sekali gus menjejaskan persiapan raya mereka sekeluarga.
Rumah kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di Ajil, malam tadi.

Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.

Rosol berkata, ketika kejadian, kesemua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar.


Beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya, Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di Hulu Terengganu,  katanya malam tadi.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata, ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai.

No comments:

Post a Comment