
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Haji Muhammad Ramli Nuh, berkata bilangan 55 imam dan bilal dari Parlimen Kuala Nerus itu adalah simbolik dengan sambutan Kemerdekaan Negara yang ke-55.
Katanya, Perdana Menteri dijangka akan berucap sejurus Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said selesai memberi ucapan masing-masing.
“Beliau juga akan menyampaikan bantuan jubah kepada imam dan bilal dari Parlimen Kuala Nerus, sebelum mengagihkan sumbangan ehsan Ramadan kepada anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya.
“Selesai berbuka puasa, tetamu kenamaan dan orang ramai akan menunaikan solat Maghrib di Masjid Kampung Padang Nanas. Dato’ Sri Mohd Najib kemudiannya akan ke Masjid Wakaf Tembesu bagi menunaikan solat Isya’ diikuti berterawih dengan penduduk tempatan,” katanya.
Muhammad Ramli berkata, majlis berbuka puasa secara tradisional dengan menyajikan pelbagai juadah tradisi Terengganu seperti nasi berlaukkan gulai daging, ikan goreng, ulaman, sambal belacan dan pelbagai kuih tradisional.
Katanya, tugas menghidangkan nasi dan kuih muih itu diserahkan kepada Pergerakan Wanita Umno yang akan mengagih-agihkan masakan selain tempahan untuk dihidangkan kepada lebih 10,000 tetamu pada hari berkenaan
Teganukita
No comments:
Post a Comment