Tuesday, August 21, 2012

Rumah Terbuka MB Dikunjungi Lebih 15,000 Pemimpin, Rakyat Jelata

Menteri Besar dan isteri melayani tetamu yang hadir pada majlis terbuka pada Hari Raya Aidilfitri pertama kelmarin - Gambar Zulkifpi Putra.
Lebih 15,000 rakyat Terengganu pelbagai lapisan sejak 11 pagi mengunjungi rumah terbuka Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said yang diadakan di kediaman Menteri besar di Kuala Terengganu, kelmarin.


Rakyat yang berbaris sebaik  selepas solat surat Aidilfitri hingga jam 3 petang untuk bersalaman dengan Menteri Besar,  membuktikan Menteri Besar memang menjadi pemimpin yang menjadi kesayangan rakyat itu.

Orang ramai tiba di kediaman Menteri Besar sebelum pun beliau kembali daripada mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid al-Muktafibillah Shah, Ladang.



Beliau dan isteri, To’ Puan Seri Norliza Mahmud, tidak menang tangan melayan tetamu sambil kanak-kanak pula menerima duit raya sempena rumah terbuka itu.

Secara rasminya ,majlis itu diadakan antara jam 11 pagi hingga 5 petang namun orang ramai datang lebih awal dan sehingga jam 5 petang, masih ramai tetamu menunjungi rumah terbuka berkenaan.

Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pegawai kanan pentadbiran negeri, wakil-wakil rakyat, ketua-ketua jabatan dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir pada majlis itu.

Yang menarik ramai pengunjung turut terdiri daripada rakyat bukan Islamn dan ini menggambarkan suasana sebenar di Terengganu apabila rumah terbuka diadakan.

Mereka bukan sahaja menziarahi Menteri Besar tetapi turut beramah mesra dengan pengnjung lain dengan penuh rasa muhibah dan kegembiraan.

Tetamu menikmati pelbagai juadah dan hidangan hari raya, termasuk ketupat, rendang dan tapai.

No comments:

Post a Comment