Pemain Pahang, Maycon Carvalho (tengah) diasak pemain Selangor, P. Gunalan (kiri) dan Mohd. Nasriq Baharom pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi. |
Joseph Kalang Tie menjaringkan gol buat skuad Penyu pada minit ke-76.
Juara bertahan, Negeri Sembilan juga mempamerkan bisa tersendiri apabila membelasah Sime Darby 4-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dengan Effa Owona mencipta hatrik pada minit kelima, ke-66 dan ke-83 sementara satu lagi jaringan melalui Khairul Izuan Abdullah.
Bagaimanapun, `Misi 33’ Selangor semakin kelam apabila skuad kendalian Irfan Bakti gagal mencatat kemenangan sebaliknya seri 2-2 ketika berdepan Pahang dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Pemain import Tok Gajah, Maycon Carvalho meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-14 namun ia pantas disamakan Safiq Rahim melalui sepakan percuma menarik, tiga minit kemudian.
Pemain pasukan Selangor, Ramez Dayoud (kanan) cuba merampas bola daripada pemain pasukan Pahang, Maycon Calvalho ketika perlawanan Piala Malaysia antara pasukan Selangor bertemu Pahang, semalam. |
Basko Balaban menyelamatkan maruah Selangor dengan gol penyamaan pada minit ke-64 bagi memastikan skuad Red Giants masih bernyawa untuk meneruskan perjuangan ke suku akhir. Kelantan pula kembali bernafas di Stadium Sultan Muhammad IV, selepas menundukkan Kedah 2-1 hasil dua jaringan pemain pinjaman Kuala Lumpur, Afiq Azmi pada minit ke-28 dan ke-45.
Gol saguhati skuad Kenari disumbangkan Khyril Muhymeen pada minit keempat. LionsXII mengecap kemenangan pertama bagi saingan Kumpulan A apabila menjinakkan PKNS 3-1 di Stadium Jalan Besar hasil jaringan Khairul Amri (minit ke-13), Shaiful Esah (minit ke-18) dan Shahril Ishak (minit ke-47) sementara gol tunggal PKNS disumbangkan Fazli Baharudin pada minit ketujuh.
Dalam satu saingan Kumpulan D, T-Team dan Sarawak sekadar seri tanpa jaringan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Perak pula tersentak di Stadium Perak, Ipoh apabila kalah 2-4 kepada Felda United dalam perlawanan yang terhenti seketika gara-gara lampu stadium terpadam pada pertengahan babak pertama. Felda mendahului 3-0 pada separuh masa pertama dengan jaringan Mickael Antoine-Curier pada minit ke-27, jaringan sendiri Mohd. Nasir Basharuddin pada minit ke-32 sebelum Ahmad Fakri Saarani menambah gol ketiga pada minit ke-38.
Mohd. Nazri Mohd. Kamal merapatkan jurang buat tuan rumah pada minit ke-61 tetapi gol daripada Mohd. Raimi Mohd. Nor pada minit ke-67 kelihatan membunuh semangat perjuangan skuad Kejor Yob Kejor dan Mohd. Nazri sekali lagi menjaringkan gol kedua buat Perak tetapi ia sudah terlambat untuk bangkit.
Johor FC pula menewaskan pasukan abang, Johor 2-1 dalam perlawanan yang dicemari dengan dua kad merah yang melibatkan Riduwan Maon dari Johor FC dan pemain Johor, Nazrul Erwan Makmor.
Shahrizal Saad menjaringkan gol pendahuluan Johor FC pada minit ke-38 sebelum disamakan oleh Muriel Orlando menerusi sepakan penalti pada minit ke-60 namun Arthur Henrique Bernhardt memastikan tiga mata menjadi milik Sang Lebah dengan gol pada minit ke-69.
No comments:
Post a Comment