Sunday, August 26, 2012

MBKT Disaran Namakan Dua Jalan Sebagai Jalan Al-Idrus, Al-Amin

Persatuan Al-Amin Negeri Terengganu hari ini menyarankan agar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menamakan dua batang jalan di kampung Cabang Tiga di Kuala Terengganu, sebagai Jalan Al-Idrus dan Jalan Al-Amin.

Yang Dipertuanya Engku Mohd Afandi Engku Dalam Ahmad berkata syor itu bersandarkan kepada sejarah tempatan kerana lokasi kedua-dua jalan merupakan tapak penempatan keluarga syed keturunan Al-Idrus.


"Walaupun penduduk di situ telah dipindahkan, namun kawasan berkenaan merupakan nostalgia bagi mereka agar anak cucu mereka tahu yang kawasan itu merupakan tempat kediaman datuk nenek mereka satu ketika dahulu," katanya semalam.

Katanya persatuan itu mencadangan jalan dari persimpangan Kampung Cabang Tiga ke Pasar Tani Padang Hiliran dinamakan Jalan Al-Idrus, manakala satu lagi jalan dari persimpangan sama berhampiran Masjid Kampung Tok Ku menghala ke bekas tapak pemancar Radio Televisyen Malaysia (RTM) dinamakan Jalan Al-Amin.

No comments:

Post a Comment