"Saya yakin saya tidak adalah masalah alahan ini. Semua makanan
saya makan dan tidak ada pantang larang. Begitu juga dengan rutin
pengambilan vitamin saya...laporan mengenai saya mengalami gatal-gatal ini kerana memakan mee udang adalah tidak benar."- Sharbinee Allawee
Kerana makan udang atau perkara lain yang belum dapat dikesan, termasuk khianat, menyebabkan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie pengsan pada minit ke 60 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) malam kelmarin?
Sharbinee menafikan mengalami masalah alahan terhadap makanan ataupun ubat-ubatan sehingga dia terpaksa diusung keluar padang akibat mengalami gatal seluruh badan ketika beraksi perlawanan kedua Kumpulan B Piala Malaysia menentang Tentera di Stadium MPS malam Sabtu.
Pengurus Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh menafikan sekeras-kerasnya insiden yang menimpa Sharbinee berpunca daripada perbuatan khianat.
Sharbinee terpaksa dikejarkan ke Hospital Selayang dan ditahan lebih kurang lima jam sebelum dibenarkan pulang.
Pada perlawanan berkenaan, Sharbinee bekerja keras menafikan beberapa percubaan Tentera tetapi tetap gagal menangkis percubaan Marlon pada minit ke-31.
"Doktor mengatakan saya mengalami masalah alahan makanan ataupun ubatan-ubatan (vitamin)yang dimakan sebelum perlawanan.
Namun saya yakin saya tidak adalah masalah alahan ini. Semua makanan saya makan dan tidak ada pantang larang. Begitu juga dengan rutin pengambilan vitamin saya.
"Laporan mengenai saya mengalami gatal-gatal ini kerana memakan mee udang adalah tidak benar," katanya kepada mStar Online, semalam.
Hakikatnya, ramai penonton yang meyaksikan perlawanan itu terkejut apabila melihat tiba-tiba Sharbinee membuka sarung tangan dan mengaru-baru di bahagian lengannya.
Dia jelas nampak resah dan gelabah secara tiba-tiba. Sekali pandang seperti terkena sengat oleh serangga...
Sharbinee kemudian terbaring…dan insiden itu dapat dilihat dengan jelas. Ramai penonton yang agak dekat dengan kedudukan gol Terengganu ketika kejadian, tertanya-tanya mengenai kejadian dalam sekelip mata yang menimpa Sharbinee itu.
Malah sebelum itu, Sharbinee tidak menunjukkan tanda-tanda diganggu oleh sebarang alahan atau riak badannya yang menunjukkan dia boleh pengsan dalam masa yang begitu singkat?
Apakah penjaga gol Terengganu ini mempunyai masalah kesihatan yang menganggu kecergasannya?
Selepas menggaru di bahagian lengannya, Sharbinee dapat bangun dan berjalan seketika tetapi pada separuh jalan keluar padang yang dibantu oleh salah pegawai pasukan Terengganu, dia tiba-tiba terjatuh pengsan di tengah padang dan terpaksa di usung keluar.
Che Mat berkata, tersalah makan punca penjaga gol Terengganu itu pengsan.
Pada perlawanan yang menyaksikan Tentera menang 2-1 hasil jaringan pemain import, Marlon Alex James itu, Sharbinee digantikan dengan Muhd Saifuddin pada minit ke-64.
Sharbinee yang tiba-tiba pengsan itu terpaksa dikejarkan ke hospital kerana keracunan makanan.
“Dia pengsan kerana mengalami keracunan makanan selepas makan udang berlebihan sebelum permainan,” kata Che Mat.
“Ini disahkan sendiri oleh pegawai perubatan. Selepas diberi rawatan dia pulih sepenuhnya dan akan diturunkan dalam kesebelasan utama apabila bertandang ke Kedah Selasa ini (hari ini).”
Selepas dikeluarkan, Marlon menambah jaringan pada minit ke-74 sebelum pemain gantian, Joseph Kalang Tie merapatkan jurang dua minit kemudian untuk Terengganu.
Sharbinee berkata, kejadian itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus membantu Terenggau mencatat kemenangan.
"Memang agak pelik, tetapi benda dah nak jadi. Saya tidak menganggapnya terlalu serius dan selepas ini saya akan terus memberi fokus kepada permainan.
Sharbinee terkilankerana tidak dapat bermain sehingga tamat perlawanan malam kelmarin. "Walaupun saya sudah pulih, doktor turut menyediakan bekalan ubat-ubatan sekiranya ia berlaku lagi selepas ini," jelas penjaga gol kebangsaan ini.
Pada aksi Piala Malaysia peringkat Kumpulan B malam Sabtu lalu, Terengganu tewas 1-2 kepada ATM.
No comments:
Post a Comment