Wednesday, August 29, 2012

JPN Tutup Operasi Kaunter Hujung Minggu Ini

Kaunter hujung minggu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan ditutup sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-55 Jumaat ini.

JPN dalam satu kenyataan semalam, berkata kaunter Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Ibu Pejabat JPN Negeri - kecuali JPN Kelantan dan Terengganu --akan ditutup pada Sabtu dan Ahad ini.


Turut ditutup pada kedua-dua hari tersebut ialah operasi kaunter JPN Kedah, manakala kaunter JPN Negeri Kelantan dan Terengganu ditutup pada Sabtu sahaja.

Orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di talian 03-88808203/7077/7071/7067 untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment