Majlis Takbir Malam Raya Aidilfitri Tahun 1433H/2012M di Istana Maziah, Kuala Terengganu malam semalam. - Gambar Harith Fadzillah |
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Mohd Rozali Saleh berkata solat sunat di masjid itu bermula pukul 8.30 pagi.
Semalam, Menteri Besar Terengganu mengiringi Sultan Mizan ke Majlis Takbir Malam Raya Aidilfitri Tahun 1433H/2012M sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Pagi ini baginda juga akan menziarah makam diraja di perkarangan masjid itu selepas selesai menunaikan solat. Masjid Al-Muktafi Billah Shah dibina pada 2 Mei 1981 dan siap sepenuhnya tiga tahun kemudian.
Selain menjadi tempat ibadah yang selesa, masjid tersebut turut menempatkan sebuah Makam Diraja Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, iaitu Sultan Terengganu yang ke-15 yang terletak bersebelahan dengan mihrab masjid.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pula akan mengadakan rumah terbuka di kediaman Seri Iman di sini mulai pukul 10 pagi esok.
No comments:
Post a Comment