Sunday, August 19, 2012

Ahmad Said Rai Kakitangan Pejabat Menteri Besar Berbuka Puasa


Menteri Besar, Datuk  Seri Haji Ahmad Said meraikan kakitangan dan keluarga pejabat Menteri Besar Terengganu pada majlis berbuka puasa di Primula Beach Hotel, petang Jumaat.

Isteri beliau, To’ Puan Seri Norliza Mahmud serta anak-anak turut hadir pada majlis tersebut yang merupakan acara tahunan bagi menghargai kakitangan pejabat Menteri Besar di semua peringkat.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, Setiausaha Sulit Kanan, Azman Ghani, Penyelidik Kanan,  Hambali Abd Latif dan Setiausaha Akhbar, Encik Rosli Zakaria, hadir sama pada majlis itu.



Menteri Besar turut menyumbangkan ‘duit raya’ kepada semua kakitangan berkenaan.

No comments:

Post a Comment