
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sambutan akan diteruskan pada pagi Jumaat dengan perhimpunan kakitangan agensi kerajaan dan swasta, pasukan keselamatan serta para pelajar sekolah pada pukul 7.15 pagi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
"Setelah berkumpul, para peserta akan berarak ke Pantai Batu Buruk kira-kira 7.30 pagi," katanya kepada pemberita semalam.
Mengulas mengenai sambutan Hari Kemerdekaan, Ahmad berkata sekiranya seseorang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, mereka pasti tidak sabar untuk menyambutnya.
"Namun bagi mereka yang tidak mempunyai semangat cintakan negara, Hari Merdeka tidak mendatangkan apa-apa erti dan perasaan bagi mereka," katanya.
Beliau berkata sepatutnya Hari Kemerdekaan bukan setakat meraikannya, tetapi merupakan satu hari yang patut dirai dan dirayakan.
"Masyarakat terutama generasi muda hari ini sepatutnya memikirkan masa depan negara adakah ia kekal dengan kemaman seperti hari ini.
"Dan pada masa yang sama, mereka juga kena toleh ke belakang bagaimana peritnya orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara. Generasi hari ini perlu lebih menghayati sejarah kemerdekaan negara agar mereka tidak lupakannya," katanya.
No comments:
Post a Comment