Kerajaan negeri sedang merancang untuk membina zon bagi pejalan kaki di pinggir Sungai Terengganu apabila projek membina Pasar Payang yang baru di Kuala Terengganu siap dilaksanakan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata dengan pembinaan zon itu, maka kenderaan tidak dibenarkan masuk jika ingin ke Pasar Payang melainkan pejalan kaki dan beca.
"Kita akan bina lebih kurang satu atau satu setengah kilometer zon pejalan kaki di pesisir Sungai Terengganu," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata kompleks Pasar Payang terpaksa dibina baru kerana pasar sedia ada sudah lama dan tidak sesuai dengan keadaan semasa.
Terdahulu Ahmad Said menyampaikan sumbangan Hari Raya bagi kerajaan negeri kepada 72 pengayuh beca di bandar ini.
No comments:
Post a Comment