Friday, August 17, 2012

YPU Lancar Satu Lagi Produk Baru, T-Komunikasi

Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu pada Rabu melancarkan produk ke-sembilannya yang dinamakan T-Komunikasi (T-Kom) khusus untuk usahawan yang berminat menjadi pengedar perkhidmatan telekomunikasi yang ditawarkannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azmi Razik berkata T-Kom akan dilaksnakan dengan kerjasama Celcom.

 "Usahawan yang menjadi ahli T-Kom akan dibekalkan dengan peralatan IT berserta dengan alat-alat yang berkaitan dengan pembayaran bil," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.


Azmi berkata syarat utama bagi mereka yang ingin menjadi pengedar T-Kom perlu mempunyai premis perniagaan atau kedai atau restoran atau kedai runcit serta yuran kemasukan sebanyak RM2,230.

Menurutnya, pakej yang ditawarkan itu adalah pakej yang paling murah berbanding yang ditawarkan syarikat telekomunikasi yang lain.

No comments:

Post a Comment