Tuesday, September 11, 2012

200 Peserta Dijangka Sertai Karnival Sukan Media Pantai Timur Petronas 2012

Lebih 200 peserta daripada tiga pasukan media serta penaja dijangka memeriahkan Karnival Sukan Media Pantai Timur Petronas 2012, yang diadakan buat julung kalinya selama tiga hari bermula 2 Nov depan.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Wan Abdullah berkata karnival sukan yang bakal disertai pelbagai organisasi media tempatan itu bertujuan merapatkan hubungan dan kerjasama antara petugas media dari ketiga-tiga negeri di Pantai Timur dan Petronas dalam aktiviti sukan.

"Kita jangkakan lebih 200 peserta akan mengambil bahagian dalam karnival sukan ini. Empat pasukan akan bertanding iaitu petugas media dari Terengganu, Pahang dan Kelantan serta sebuah pasukan daripada Petronas.

"Empat acara sukan bakal dipertandingkan iaitu futsal, badminton, boling dan ping pong," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Hari Raya Petronas di Kuala Terengganu semalam.

Beliau berkata Petronas akan bekerjasama dengan pengelola tuan rumah, Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dalam menganjurkan karnival sukan berkenaan.

No comments:

Post a Comment