Tuesday, September 11, 2012

Pembelajaran Berasaskan Kerja Diperkenal Semula Di Kolej Komuniti

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memperkenalkan semula program diploma dengan kaedah Pembelajaran Berasaskan Kerja tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti KPT, Amir Md Noor.

Beliau berkata program itu dapat meningkatkan taraf pengajian di Kolej Komuniti yang sebelum ini hanya menawarkan program pengajian peringkat sijil sahaja.

"Sebenarnya kabinet telah meluluskan program pengajian ini kepada Kolej Komuniti sejak 2007 dan ia telah berjalan dengan beberapa buah syarikat swasta, sebelum ia dihentikan," katanya tanpa menyatakan bila dan sebab ia dihentikan.

Beliau berkata demikianselepas Majlis Penutup Eksplorasi Tasik Kenyir Kolej Komuniti Kuala Terenggnau yang disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT Datuk Omar Abd Rahman di Tasik Kenyir semalam.

Pembelajaran Berasaskan Kerja merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan pembelajaran teori dan amali secara serentak di lapangan kerja sebenar.

No comments:

Post a Comment