Barisan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) YT 2012 bersama Dato' Haji Mazlan Ngah dan Zakaria Yusof. |
Mereka yang meraih anugerah itu menerima wang tunai RM1,000 seorang serta sijil sebagai menghargai usaha mereka meningkatkan prestasi serta gigih berusaha bagi mencapai matlamat dan objektif YT.
Anugerah berkenaan disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, yang turut hadir pada majlis berkenaan yang juga merupakan acara tahunan YT.
Pengarah YT, Zakaria Yusof, dalam ucapannya berharap semua penerima anugerah berkenaan menjadikannya sebagai dorongan ke arah meningkatkan prestasi kerja mereka dari semasa ke semasa.
“Cemerlang itu satu tanda aras yang berubah dari semasa ke semasa dan tidak sama pada semua masa. Ia bergantung rapat dengan persepsi penilai pada ketika itu.
“Hubungan yang lahir secara dua hala di antara pihak dinilai dan yang menilai juga mempengaruhi keputusan. Berpeganglah kepada prinsip bahawa tanggungjawab lebih utama dari penghargaan,” ujarnya.
Zakaria turut mengingatkan sebagai penjawat awam kakitangan dan pegawai YT mempunyai tanggungjawab dan peranan yang perlu diurus dengan menjadikan faktor masa dan keadaan sekeliling sebagai panduan.
Katanya, kehendak pelanggan dan kerajaan perlu diberi keutamaan dan sentiasa diletakkan di barisan depan dalam segala hal, melebihi kepentingan peribadi.
“Sebagai penjawat awam yang kita sendiri mohon dulu, sepatutnya ikrar yang dibuat ketika mula-mula menerima tawaran jawatan sentiasa menjadi panduan dan asas dalam memberi khidmat kepada pelanggan,” tambahnya.
Teganukita
No comments:
Post a Comment