Saturday, September 8, 2012

Azizulhasni Mahu Pelumba Didedah Menyertai Kejohanan Dunia

Pelumba sensasi negara, Mohd. Azizulhasni Awang mahu mana-mana pelumba muda negara yang berpotensi diberikan pendedahan untuk menyertai Kejohanan Dunia.

Menurutnya, sudah tiba masanya pelumba skuad pelapis kebangsaan diberi peluang untuk menyertai mana-mana kejohanan berprestij di peringkat antarabangsa.


Antara pelumba yang dilihat berpotensi, katanya, termasuklah Idrus Md. Yunus, Muhd. Arfi Qhairant, Mohd. Fattah Amri Zaid dan Malik Marcus Mcrone.

“Sebelum ini, tumpuan banyak diberikan kepada saya dan Josiah Ng (dalam Kejohanan Dunia).

“Jadi sekarang ini ia ‘medan pertempuran’ bagi pelumba muda pula untuk menggalas cabaran negara,” katanya kepada pemberita semalam.

Pelumba kelahiran Terengganu itu ditemui selepas menghadiri majlis perasmian jam tangan edisi baharu Oris di Suria KLCC, Kuala Lumpur semalam.

No comments:

Post a Comment