Saturday, September 8, 2012

Usaha PAS Letak Calon Wanita Tanda Perjuangan Wanita BN Diiktiraf - Shahrizat


Tindakan PAS yang mahu meletakkan calon wanita di Terengganu pada pilihan raya umum Ke-13 (PRU-13) merupakan pengiktirafan kepada perjuangan Wanita Barisan Nasional (BN) dalam memajukan wanita di Malaysia khususnya di negeri ini.

Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan itu telah membawa wanita di negara ini ke tahap lebih tinggi sehingga mampu berada dalam golongan profesional, mempunyai tahap pendidikan tinggi malah mampu menjadi ahli politik berjaya.
"Saya rasa amat bangga bila PAS mahu letak calon wanita di sini, saya juga nak ucap syabas kepada PAS. Saya gembira bilamana parti komponen BN atau pembangkang sekalipun minta tentukan ada calon wanita, pemimpin mereka berusaha adakan.

 "Wanita BN telah melakukan banyak usaha membangunkan wanita sejak dulu lagi hinggakan kementerian khas membangunkan wanita pun diwujudkan hasil gesaan Wanita BN," katanya kepada pemberita di Kuala Berang semalam.

Terdahulu, beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Hulu Terengganu 2012 yang turut dihadiri Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat dan kira-kira 200 perwakilan.

No comments:

Post a Comment