Pandelela Rinong bersama Mohd Azizulhasni Awang menunjukkan jam tangan mewah berjenama ORIS yang disampaikan oleh Pengurus Besar Oris Malaysia. |
Atlet yang digelar 'The Pocketrocketman' itu berhasrat mempertahankan emas dimenangi di Sukan Asia di Guangzhou dua tahun lepas selain berazam menebus kekecewaan setelah dibatal penyertaannya dalam acara akhir keirin Sukan Komanwel New Delhi pada tahun yang sama.
"Saya mahu mendapatkan kembali kedua-dua gelaran (dalam kejohanan) tersebut. Itu adalah sasaran utama saya buat masa ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian jam tangan edisi baharu Oris di sebuah pusat beli-belah di ibu kota di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama di majlis itu pemenang gangsa Olimpik, ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg dan kedua-dua Olimpian negara itu masing-masing menerima hadiah seutas jam tangan jenama tersebut.
Setelah kembali daripada penyertaan di sukan Olimpik, London, beliau sekarang banyak menghabiskan masa bersama keluarga di samping menunggu kehadiran bayi sulung yang dijangka lahir awal November ini.
"Hari Raya yang lepas merupakan raya pertama saya bersama keluarga setelah empat tahun beraya di Melbourne kerana menjalani latihan intensif.
"Jadi kali ini saya banyak meluangkan masa dengan mereka termasuk menemani isteri membuat pemeriksaan perubatan.
Rasanya agak teruja untuk menjadi seorang bapa," katanya yang merancang untuk kembali ke Melbourne Disember ini selepas isterinya, Athiah Ilyana Abdul Samat melahirkan cahaya mata mereka nanti.
No comments:
Post a Comment