Gambar Fail...penonton minta jurulatih dn pengurusan T-Team ditukar pada musim lalu. |
Keputusan pengguguran pemain itu akan ditentukan selepas perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) manakala T-Team pula diputuskan selepas perlawanan terakhir Kumpulan D menentang Pahang di Kuala Terengganu, Jumaat ini.
"Saya tidak terbabit dalam soal pengurusan, tetapi saya akan campur tangan dalam penilaian pemain dengan memberi pandangan dan pendapat.
Marco Tulio (kiri) antara pemain import T-Team musim ini. |
Kita akan tentukan pemain yang berkebolehan dan berkualiti. "Saya dah diberitahu, mungkin ramai (pemain) yang tidak menunjukkan komitmen akan dibuang kali ini. Sebab kita (kerajaan negeri) melabur dalam jumlah besar.
Kita belanja RM6 juta setahun dan kita mahukan hasilnya. "Sebab itu, kita awal-awal sudah beritahu, kalau pemain tidak berdisiplin, kita buang. Begitu juga dengan pemain yang sengajakan dirinya dikenakan kad merah.
Apabila pemain sengaja buat kesalahan begitu, kita perlu denda dia. "Jika tidak, kita yang rugi..kita bayar gaji dia untuk bermain, bukan untuk berehat..jadi kita kena ambil tindakan. Sebab itu, kita akan buat rombakan besar-besaran pemain.
“Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan bincang dengan pihak pengurusan," katanya selepas majlis Aidilfitri Tenaga Nasional Berhad (TNB), semalam.
Mengenai T-Team beliau berkata: "T-Team sekarang 100 peratus bergantung pada dana kerajaan negeri. Nasib T-Team akan ditentukan selepas perlawanan akhir nanti dan saya sedang tunggu laporan.
"Kita sedar, kadang kala T-Team menunjukkan permainan yang baik, tetapi kita lihat setiap kali perlawanan, sokongan peminat berkurangan. Penonton antara 300 hingga 500 sahaja." katanya.
Sementara itu berdasarkan prestasi skuad Penyu yang kian merosot, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) disaran mencari pemain baru yang lebih berkualiti bagi menghadapi saingan musim depan.
Penyokong pasukan Terengganu, Arifin Musa, 50, berkata PBSNT perlu melakukan sesuatu bagi membersihkan imej skuad kendalian Peter James Butler itu dan memastikan pasukan itu terus mendapat sokongan daripada kerajaan negeri.
Beliau yang berasal dari Bukit Payong, Marang, berkata PBSNT wajar mengambil langkah awal mengenal pasti senarai pemain baru yang berkualiti untuk diserapkan dalam pasukan Terengganu.
"Ini sesuai dengan saranan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahukan Terengganu mencari pemain berkualiti. "Beliau (Menteri Besar) sendiri pernah berkata masalah gaji tidak timbul asalkan pemain itu benar-benar bagus dan mampu membantu Terengganu mencapai kejayaan.
Kita harap PBSNT guna peluang ini sebaiknya bagi menebus kembali reputasi yang tercalar," katanya kepada di Kuala Terengganu.
Berita Harian & Bernama
No comments:
Post a Comment