Thursday, September 27, 2012
BN Terengganu Yakin Menang Besar - Ahmad Said
Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin akan memperoleh kemenangan besar pada pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) akan datang berdasarkan sokongan padu dan positif yang dipamerkan rakyat.
Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata sokongan rakyat terutama peringkat akar umbi dilihat semakin kuat kerana mereka menyedari keupayaanBN yang telah membawa satu anjakan pembangunan kepada Terengganu berbanding masa lalu.
Katanya, pada masa sama, dia tidak mengerti dan sedih, jika ada rakyat yang sebelum ini menerima pelbagai bantuan dan kemudahan yang disediaka kerajaan, masih bersikap sebagai pengkhianat.
“Hampir setiap penduduk kita bantu, bukan pada masa sekarang saja, malah bantuan itu diberi sebelum lahir sehingga meninggalkan dunia.
“Kita sebagai kerajaan, tidak jemu untuk berkhidmat walaupun bantuan itu mencecahkan ratus juta setahun,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.
No comments:
Post a Comment