Monday, September 24, 2012

Butler Rayu, Che Mat Jusoh Hadapi Kempen "Asal Bukan Che Mat'


Pada ketikaDatuk Che Mat Jusoh diminta 'berhenti' dengan kempen ABC atau ‘Asal Bukan Che Mat’, Peter Butler dispekulasi akan melatih pasukan kelab T-Team.

Apapun, Butler tetap merayu kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hari ini untuk terimanya kembali.

Sementara itu, peminat bola sepak skuad Penyu yang kecewa dengan pengurusan diterajui Che Mat melancarkan kempen  ABC mulai Rabu lalu.

Kempen bertemakan “Demonstrasi Kebangkitan Bola Sepak Terengganu’ itu bertujuan menggesa Che Mat melepaskan jawatan dan rombakan dilakukan terhadap pengurusan PBSNT.

Menerusinya peminat terbabit memasang poster ABC di beberapa lokasi - di dinding premis, tiang letrik dan beberapa tempat lain di bandar Kuala Terengganu manakala laman facebook bertajuk Rombak PBSNT mendapat lebih 4,000 reaksi yang bersetuju rombakan itu dilakukan.

Jurucakap laman facebook itu, Mohd Arif Kori, berkata kempen ini adalah inisiatif peminat bola sepak dan bukan anjuran mana-mana persatuan atau kelab penyokong.

“Mana-mana peminat bola sepak Terengganu boleh menyertai kempen ini dan mereka boleh meluahkan perasaan mereka melalui facebook berkenaan,” katanya.

Sementara jurulatih Terengganu itu yang baru saja ditamatkan kontrak oleh PBSNT selepas digantung enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib persatuan, enggan mengulas mengenai spekulasi akan melatih T-Team.

Yang penting dia akan mengemukakan rayuan secara bertulis kepada PBSNT hari ini mengenai kes penggantungannya.

Katanya, langkah membuat rayuan itu juga bukan bertujuan supaya Terengganu mengambilnya semula sebagai ketua jurulatih, cuma dia tetap berharap rayuannya akan dipertimbangkan dengan sewajarnya.

"Penting bagi saya untuk mengembalikan kredibiliti sebagai jurulatih berwibawa selepas tindakan saya mendisiplinkan beberapa pemain dihukum berat dengan penggantungan dan penamatan kontrak.

"Saya juga mahu membuktikan PBSNT salah membatalkan kontrak saya selepas mereka sendiri menggantung saya selama enam bulan," katanya.

Berita Harian

No comments:

Post a Comment