Kira-kira 2,000 pelajar sekolah menengah di negeri ini yang merupakan penerima baru Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Kementerian Pelajaran akan mendapat surat tawaran selewat-selewatnya awal Oktober ini.
Penolong Pengarah (Tajaan) Biasiswa, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Norehan Sulong berkata, senarai penerima yang layak telah diperoleh dan penghantaran surat tawaran sedang dilakukan.
Menurut beliau, pelajar yang layak akan menerima biasiswa sebanyak RM70 sebulan, kecuali pelajar tingkatan enam aliran sastera yang akan menerima sebanyak RM90 sebulan dan tingkatan enam aliran sains sebanyak RM110 sebulan yang membabitkan peruntukan kira-kira RM2.6 juta.
''Mereka merupakan pelajar tingkatan satu dan tingkatan enam rendah daripada kira-kira 8,000 permohonan yang diterima, '' katanyasemalam.
Norehan berkata pada masa ini senarai penerima yang layak telahpun diperolehi dan penghantaran surat tawaran sedang dalam proses secara berperingkat.
"Penerima biasiswa baru merupakan pelajar tingkatan satu dan tingkatan enam rendah di mana 8,000 permohonan diterima,’’ katanya.
Tambahnya, tahun ini KPM memperuntukan RM15.2 juta untuk membiayai BKP kepada kira-kira 17,800 pelajar di negeri ini termasuk 2,000 penerima baru.
Katanya tahun lalu JPNT menerima memperuntukan kira-kira RM14.5 juta melibatkan lebih 17,600 pelajar.
Selain itu katanya, pelajar yang layak memohon BKP bergantung kepada beberapa kreteria yang ditetapkan iaitu sosial ekonomi dengan pendapatan keluarga RM1,500 ke bawah, cemerlang akdemik dan kokurikulum.
Katanya, JPNT akan membuat saringan selepas menerima permohonan daripada pihak sekolah sebelum di hantar kepada kementerian bagi memastikan pelajar yang layak dan memenuhi kreteria yang ditetapkan. Bagaimanapun bilangan itu juga bergantung kepada peruntukan yang diluluskan.
Menurutnya, JPNT boleh menarik balik bantuan BKP yang diberikan jika pelajar berkenaan dikenal pasti melanggar disipilin sekolah, tetapi bilangan itu agak kecil dan hanya merupakan kes terpencil.
No comments:
Post a Comment