Thursday, September 6, 2012

Enam Nelayan Nyaris Maut, Bot Karam Di Perairan Pelantar Minyak Dulang

Enam nelayan tempatan nyaris maut apabila bot mereka karam selepas dilanggar sebuah bot, dipercayai nelayan asing, di perairan Pelantar Minyak Dulang, awal pagi kelmarin.

Kejadian pada pukul 2 pagi itu membabitkan bot nelayan dari Tumpat, Kelantan yang dinaiki nelayan berusia antara 21 dan 58 tahun.
Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kuala Terengganu Kapten Maritim G. Xavier Thevadas berkata pihaknya melancarkan operasi menyelamat sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9.30 pagi Selasa.

"Seorang nelayan dan seorang tekong bot itu diselamatkan bot Petronas Carigali Kerteh kira-kira 70 batu Nautika timur laut Kuala Terengganu pada pukul 11.15 pagi semalam manakala empat lagi diselamatkan oleh bot nelayan kira-kira sejam kemudian," katanya dalam kenyataan, di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata empat nelayan itu dihantar pulang ke Tumpat, Kelantan oleh bot nelayan yang menyelamatkan mereka dan dua lagi nelayan itu diserah kepada Maritim Malaysia untuk dihantar pulang

No comments:

Post a Comment