Wednesday, September 5, 2012

EPIC Sasar Untung Bersih RM100 Juta Menjelang Akhir Tahun In

 

Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (Epic), syarikat milik kerajaan negeri Terengganu yang menyediakan kemudahan logistik, menetapkan sasaran keuntungan bersih RM90 juta hingga RM100 juta menjelang akhir tahun ini.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata Epic yakin dapat mencapai sasaran itu kerana telah memperolehi untung bersih RM53 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

"Pada tahun lepas, Epic hanya memperolehi keuntungan bersih RM69.6 juta dan sejak kerajaan negeri mengambil alih Epic Januari lalu, operasi perniagaan Epic sebagai pembekal perkhidmatan logistik semakin berkembang dengan pesat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Epic di Kemaman, semalam.





Epic beroperasi di kawasan perindustrian Teluk Kalong di sini dan ditubuhkan pada 17 Jan, 1981 dan bertukar menjadi sebuah syarikat awam sembilan tahun kemudiannya.

Ia tersenarai dalam pasaran Bursa Saham Securities dengan perniagaan melibatkan industri minyak dan gas, perkhidmatan pelabuhan dan lain-lain perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment