Monday, September 24, 2012
Gandingan Zainal Abidi, Wan Hisyam Terajui KOM
Ia diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan KOM di Kuala Lumpur pada Ahad. Timbalan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim turut kecundang mengekalkan jawatan itu apabila ia kini dipegang oleh Datuk Wan Hisyam Wan Salleh.
Wan Hisyam sebelum ini merupakan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu. Shahidan Dan Karim Gagal Pertahankan Jawatan Pada AGM KOM Ke-10.
Shahidan yang memegang jawatan Presiden sejak 2006 tewas mengejut dengan memperoleh 21 undi berbanding Zainal Abidin yang memungut 23 undi dari 44 perwakilan yang mengundi iaitu mewakili 14 anggota KOM.
Timbalannya iaitu Datuk Karim Ibrahim turut menerima nasib yang sama selepas tewas kepada Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT) Datuk Wan Hisham Wan Salleh.
Karim memperoleh 19 undi manakala Wan Hisham yang pertama kali bertanding pada pemilihan kali ini mendapat 25 undi.
Kesemua 44 perwakilan yang mengundi sebulat suara memilih empat individu termasuk dua penyandang sebagai naib presiden KOM selepas memperoleh undi tertinggi.
Dua penyandang jawatan iaitu Datuk R. Annamalai dan Datuk Paduka Mumtaz Begum Abdul Jaffar masing-masing memperoleh 25 dan 24 undi manakala dua lagi calon iaitu Setiausaha Agung Persatuan Olahraga Amatur Selangor (POAS), K. Yogeswaran dan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Sabah Datuk Paiman Abdul Karim pula masing-masing memperoleh 32 dan 28 undi.
Tiga lagi calon yang bertanding untuk jawatan tersebut memperoleh undi terendah iaitu Setiausaha Persatuan Olahraga Amatur Johor R. Rajasegram (24 undi) serta Setiausaha Persatuan Olahraga Amatur Terengganu Rajemah Sheikh Ahmad dan Mohamad Awang daripada Persatuan Olahraga Amatur Kelantan dengan 21 undi masing-masing.
Mumtaz diberikan kemenangan berbanding Rajasegram kerana KOM mewajibkan naib presidennya harus diwakili seorang wanita.
No comments:
Post a Comment