Monday, September 24, 2012

Tujuh Belas Premis Terima Sijil Halal Di Terengganu

Sejumlah 17 premis makanan dan produk makanan dan minuman di negeri ini telah menerima sijil halal masing-masing dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata, 12 daripadanya merupakan premis makanan termasuklah yang beroperasi di daerah Kuala Terengganu (9 buah), Dungun (2 buah) dan Besut (sebuah).

Manakala bagi produk makanan dan minuman terdapat lima sijil yang diluluskan iaitu daerah Kuala Terengganu (5) dan satu yang beroperasi di Marang.



Katanya, mulai 1 Mac lalu semua permohonan pensijilan halal Malaysia bagi negeri ini telah menggunakan e-halal atau secara ‘on-line’ iaitu suatu sistem yang dibangunkan dan digunapakai oleh bahagian hub halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Pensijilan halal Malaysia adalah tidak diwajibkan dan permohonan adalah terbuka kepada semua pengusaha sama ada Islam atau bukan Islam,” katanya.

No comments:

Post a Comment