Wednesday, September 5, 2012

Handal Bekal Perkhidmatan Kren Luar Pantai Untuk Enam Syarikat Perkongsian Pengeluaran Minyak Dan Gas

 

Handal Resources Bhd kini membekalkan perkhimatan kren luar pantai bersepadu kepada semua enam syarikat perkongsian pengeluaran (PSC) minyak dan gas (O&G) yang beroperasi di Semenanjung Malaysia selepas menerima surat anugerah terbaharunya.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Handal berkata surat anugerah dari Newfield Peninsula Malaysia Inc adalah kontrak keenam yang diterima setakat ini tahun ini, menjadikan nilai kontrak perkhidmatan kren bersepadunya melebihi RM350 juta.

Ia berkata unitnya, Handal Offshore Services Sdn Bhd, yang menerima surat anugerah daripada Newfield, akan menggendalikan perkhidmatan penyenggaraan kren bagi operasi firma yang berpangkalan di AS itu di Blok PM329 dan PM323 luar pantai Terengganu.

 Handal berkata syarikat itu juga telah mendapat kontrak pemasangan bernilai RM25 juta bagi setengah pertama tahun ini.

"Kami juga sedang membida untuk kerja-kerja pemasangan kren baharu bernilai RM45 juta," katanya.

Ketua pegawai eksekutif, Zahari Hamzah, berkata kontrak Handal dari syarikat utama O&G tempatan telah setakat ini telah membolehkannya turut meninjau peluang pemasangan kren dan penyewaan pelantar di rantau ini.

"Kami telah membuat perkembangan baik, bermula dengan penembusan bersejarah ke pasaran Indonesia tempahan untuk tiga lagi kren luar pantai.

"Pelantar modular pertama Handal -- Handal 1 -- akan diserahkan dan akan beroperasi untuk kerja-kerja penggerudian tidak lama lagi," katanya.

No comments:

Post a Comment