Mohamed (tengah) bersama-sama penduduk kampung yang memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Cawangan Seri Berenjut yang diadakan di Kampung Paya Berenjut. |
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, kemudahan berkenaan amat diperlukan memandangkan Hospital Kemaman terlalu padat dan tidak mampu lagi menampung pesakit yang ramai.
“Kalau pembinaan hospital baru lambat, kita mohon hospital sedia ada di naik taraf seperti kemudahan katil ditambah lagi dan sekurang-kurangnya Hospital Kemaman diberikan peruntukan tambahan agar kerja-kerja naik taraf dapat dilakukan.
“Doktor pakar di Hospital Kemaman ramai, tetapi malangnya kemudahan termasuk peralatan terhad,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Cawangan Seri Berenjut yang diadakan di Bilik Gerakan Seri Berenjut, dekat Cukai Jumaat lalu.
Sementara itu, Mohamed menasihatkan agar pemilik rumah berhati-hati dan sentiasa memastikan rumah dalam keadaan selamat bagi mengelakkan kes kebakaran yang kerap terjadi kebelakangan ini.
“Sebelum keluar dan meninggalkan rumah pastikan dapur ditutup. Periksa seluruh rumah dan ketika mahu membakar sampah juga perlu berhati-hati serta gunakan barangan elektrik yang selamat. Sikap ambil berat pemilik rumah akan dapat elakkan kejadian kebakaran berlaku,” katanya.
Bagi kes kebakaran terbaru yang menimpa keluarga peniaga apam balik di Rumah Murah Kampung Fikri pada Khamis lalu, Mohamed berkata, Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Chukai menyampaikan bantuan segera sebanyak RM500 dan barangan dapur.
“Buat sementara waktu, keluarga itu juga ditempatkan di rumah transit di pekarangan Masjid Geliga dan kita juga sedang berusaha melalui tabung bencana negeri untuk membina semula rumah buat keluarga ini,” katanya.
Dalam pada itu, majlis rumah terbuka berkenaan yang julung kali diadakan secara besar-besaran berjaya menarik kehadiran kira-kira 100 tetamu atau hampir 70 peratus penduduk di seluruh Paya Berenjut.
Katanya, kehadiran yang ramai itu menggambarkan peningkatan kesepaduan yang terjalin antara penduduk kampung dan apa yang istimewa masyarakat kampung saling bekerjasama membawa juadah dan sajian hari raya untuk sama-sama dinikmati mereka.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment