Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail berkata hampir 50 buah rumah di tujuh buah kampung dalam Dun Kuala Berang dilaporkan terlibat dalam kejadian ribut petang kelmarin yang sememangnya dianggap terburuk dalam sejarah.
“Kejadian ribut petang semalam (kelmarin) sebenarnya sukar digambarkan dengan kata-kata apatah lagi ia disifatkan paling buruk berlaku khususnya di Kampung Telaga.
Tambahan pula, ia terjadi dalam lingkungan masa yang sama melibatkan banyak buah kampung dalam Dun Kuala Berang.
“Walaupun banyak rumah alami kerosakan terutamanya melibatkan bahagian bumbung, syukurlah tiada sebarang kecederaan.
Diharapkan semua penduduk terlibat bersabar dan reda dengan ujian-Nya ini,” katanya.
Bagi Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Terengganu, Mohd Fadzli Ismail berkata, pihaknya telahpun turun padang menilai jumlah kerosakan dialami penduduk sebagai proses awal sebelum Bantuan Bencana disalurkan kepada yang terlibat.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment